Followers

Carian dalam Blog ini

10 September 2009

Diari Konsep

Bab 9:

Konsep/Huraian

1. Hakisan

Proses penghausan yang di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir.
Hakisan Geologi- hakisan secara semulajadi di kawasan yang belum diganggu.
Hakisan Tanih – hakisan berpunca daripada tindakan manusia apabila manusia menganggu keadaan semulajadi.

2. Hakisan Galur

Merujuk kepada hakisan oleh air larian permukaan di dalam alur-alur yang kecil dan bersifat sementara. Liputan hakisan ini lebih meluas berbanding dengan hakisan galir. Kesan gegalur mudah dilihat ditebing-tebing cerun yang sudah dipotong.

3. Hakisan galir

Merujuk kepada hakisan di dalam alur-alur yang kekal dan mempunyai air semasa hujan lebat.

4. Larian air permukaan

Dikenali juga sebagai larian Horton iaitu baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, yang meresap ke dalam bumi dan juga yang digunakan oleh tumbuhan selepasa kerpasan.

5. Tindakan Hidraulik

Merupakan tindakan hakisan yang dilakukan oleh air di dalam alur sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yang dibawa. Kuasa air sungai wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yang lemah.

6. Hakisan Mendalam

Melibatkan kerja-kerja mengorek dasar sungai oleh air sungai yang bergerak secara pusaran. Ianya terjadi di hulu sungai. Hakisan mendalam sungai bertujuan mencapai tahap keseimbangan sungai hasil dari kejatuhan aras laut.

7. Hakisan Melebar

Melibatkan kerja-kerja penghakisan dan penghausan yang berlaku pada tebing alur sungai. Hakisan ini juga di kenali sebagai hakisan mendatar yang boleh berlaku pada kedua-dua bahagian tebing alur sungai. Amat berkesan semasa kejadian banjir.

8. Hakisan Mengundur

Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu kerana adanya takat terjun seperti jeram dan air terjun di pangkal alur tersebut.

9. Hakisan geselan / lelasan

Proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yang dibawa oleh sungai seperti kelikir , batu tongkol bergeser dengan tebing dan dasar alur sungai.

10. Hakisan lagaan

Merupakan pelanggaran antara bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai dengan tebing dan alur sungai atau pelanggaran sesama sendiri bahan itu.

11. Hakisan Larutan

Merujuk kepada tindakbalas secara kimia antara air sungai dengan mineral geologi yang membentuk tebing dan dasar alur sungai.

12. Pengangkutan sungai

Adalah proses pemindahan bahan-bahan yang ada di dalam alur sungai atau muatan sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnya serentak dengan aliran sungai tersebut.

13. Aliran Laminar

Bergerak secara lurus, perlahan dan berlaku pada musim kemarau

14. Aliran Turbulen

Bergerak secara berpusar , laju dan berlaku pada musim banjir.

13. Pemendapan sungai: stpm 2007

Penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut oleh sungai dari bahagian atas sungai ke peringkat rendap dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan khasnya di kawasan yang bercerun landai.

14. Delta

Bentuk bumi pemendapan yang terhasil di hilir sungai. Terdiri daripada timbunan kelodak, lumpur, lempung, tanah liat, pasir dan bahan-bahan ampaian.

15. Pantai

Satu jalur linear daratan yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut. Terdiri daripada bahan mendak yang peroi seperti pasir , kulit kerang, dan siput serta kelodak dan lumpur.

16. Ombak
Ombak Pembina: mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai
Ombak Pembinasa: menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang telah dibina berlaku ketika ribut.

17. Profil pantai seimbang: stpm 2007

Merujuk kepada kadar hakisan dan pemendapan adalah sama atau hampir sama. Keadaan pinggir laut asal lebih curam menyebabkan hakisan berlaku ke arah daratan dan mendapan berlaku ke arah laut dan jika pinggir laut asal lebih landai, pemendapan akan berlaku di pantai manakala hakisan berlaku ke arah laut.

18 Zon Pinggir Pantai: stpm 2008

Bermaksud kawasan pertemuan antara air laut dengan daratan pantai yang merangkumi kawasan antara takat air pasang dan takat air surut.

19. Groin
Struktur yang pendek dibuat daripada konkrit atau batu yang dibina menganjur ke laut dalam keadaan bersudut tepat dengan garis pantai. Bertujuan untuk memerangkap enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan juga arus pesisir pantai. Memperlahakan hakisan pantai.

20. Perubahan aras laut

Kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan aras daratan.

21. Perubahan eustatik

Prubahan yang dilami oleh aras laut di seluruh dunia dlm keadaan aras daratan tidak berubah, berkait rapat dengan pencairan glasier pada zaman ais pliestosien.

22. Perubahan Isostatik

Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau pengurangan berat beban. Beban bertambah – blok bumi menurun- aras laut naik. Beban berkurang – blok bumi menaik – aras laut jatuh.

23. Pantai Fiord

Terjadi apabila aras luat naik menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang terletak di pinggir pantai. Mempunyai lurah yang curamm panjang dan dalam kerana asalnya ia merupakan sungai glasier.

24. Pantai Ria

Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian drp pinggir pantai asal yang bertanah tinggi dan bergunung ganang.

25. Pantai Dalmatia

Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir laut yang mempunyai banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang dengan garis pantai.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal, STPM

No comments: