Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

Loading...

11 September 2009

Diari Konsep 942/2 Tema 1 : Penduduk

Diari Konsep 942/2 Geografi Alam sekitar manusia

Tema 1 – Penduduk

Konsep/Huraian

1. Penduduk sebagai sumber

Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kawasan.

2. Pola taburan penduduk: (tema 1) stpm 2008

Sebaran penduduk disesuatu kawasan di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kawasan. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kawasan pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kawasan pedalaman, gurun dan kawasan berpaya.

3. Kadar Pertumbuhan Penduduk: (tema 1) stpm 2007

Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu-satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun).
Kadar ini merujuk kepada satu-satu kawasan tertentu seperti negara, wilayah, dunia.
Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB)

4. Konsep Lebihan Penduduk : (tema 1)

Keadaan dimana jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu:
lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habis digunakan dan
lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

5. Penduduk kurangan

Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada.

6. Penduduk Optimun

Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun.

7. Piramid Penduduk

Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan

8. Piramid Progresif

Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh pendudk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah


9. Piramid Regresif (peralihan)

Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju.

10. Piramid penduduk stabil

Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju.

11. Piramid Penduduk terganggu

Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil.

12. Model peralihan Demografi

Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang.

13. Mobiliti ruang

Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasan sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang.

14. Mobiliti sosial

Merujuk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kawasan mundur ke kawasan maju.

15. Migrasi

Merujuk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa.

16. Migrasi Dalaman : (tema 1)

Perpindahan penduduk dalam negara, iaitu perpindahan yang tidak merentasi sempadan sesebuah negara.

17. Migrasi Antarabangsa : (tema 1) stpm 2007

Perpindahan atau pergerakan penduduk yang merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia

18. Imigrasi

Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan

19. Emigrasi

Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kawasan

20. Migrasi bersih
Merujuk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi

21. Daya tampung persekitaran fizikal

Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kawasan.

21. Daya tampung sumber alam

Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempoh tertentu.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

No comments: