Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

09 September 2009

Diari Konsep

Bab 7:

Konsep/Huraian

1. Lipatan Kerak Bumi

Merupakan bentuk alunan yang terdapat pada batuan kerak bumi akibat daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat-plat tektonik

2. Gelinciran atau sesar

Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi atau blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau menegak.



Bab 8:

Konsep/Huraian

1. Proses Luluhawa

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara in-situ (setempat).

2. Luluhawa Kimia

Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder.

3. Luluhawa Fizikal

Proses penyepaian atau pemecahan batuan akibat tindakbalas unsur-unsur iklim seperti suhu

4. Luluhawa Biologi

Tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan mengurai batuan

5. Pergerakan Jisim: stpm 2008

Bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal seperti batu, tanih dan cecair seperti lumpur dari atas cerun ke bawah cerun akibat tarikan graviti yang berlaku secara cepat atau perlahan.

6. Aliran lambat

Pergerakan regolit dan tanah –tanih secara perlahan menuruni cerun. Tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dikesan melalui kecondongan tiang elektrik, pokok atau tiang pagar disesuatu tempat berbanding kedudukan asalnya.

7. Aliran Cepat

Pergerakan regolit, tanih atau lumpur pada kadar yang lebih cepat dan di atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat

8. Geluncuran

Pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba berbanding dangan proses aliran cepat.

9. Runtuhan

Pergerakan regolit di cerun yang sangat curam dan tegak seperti di tebing tinggi, bahu-bahu bukit yang ditarah.
sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam sekitar Fizikal, STPM

No comments: