Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

08 September 2009

Diari Konsep

Bab 4:

Konsep
Huraian

1. Proses Geomorfologi

Semua proses fizikal, kimia dan biologi yang bertanggungjawab membentuk, memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi sama ada secara makro atau mikro

2. Proses Endogenik

Proses yang berasal dari dalam kerak bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi aktiviti igneus dan metamorfosisme batuan

3. Proses Eksogenik:

Proses yang beroperasi di permukaan bumi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim.

4. Pemulihan Isostasi

Proses pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila berlaku penambahan berat beban dan pengurangan berat beban di permukaan bumi.

5. Proses Luluhawa

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara in-situ (setempat).

6. Proses hakisan

Proses penghausan yang di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir.
Hakisan Geologi- hakisan secara semulajadi di kawasan yang belum diganggu.
Hakisan Tanih – hakisan berpunca daripada tindakan manusia apabila manusia menganggu keadaan semulajadi.

7. Proses pengangkutan

Proses pemindahan bahan-bahan yang diluluhawa/dihakis oleh agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir

8. Proses pemendapan

Proses longgokan bahan-bahan hakisan setelah daya pergerakan agen pengangkutan telah berkurangan/perlahan

9. Proses gerakan jisim

Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti sama ada secara perlahan, cepat atau serta merta.


Bab 5:

Konsep
Huraian

1. Geologi atau batuan

Komponen semulajadi mineral seperti mika. Kuartza, feldsfar, kalsium, karbonat yang terikat secara langsung menerusi pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat seperti koalin, kapur, oksida menerusi proses simentasi/penyimenan.

2. Batuan Igneus

Terbentuk hasil pembekuan magma didalam rekahan kerak bumi (igneus rejahan) cth, granit atau di permukaan bumi (igneus terobosan) cth, Basalt.

3. Batuan Enapan

Batuan yang terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan mendapan sungai, ais dan angin yang mengalami proses pemadatan dan simentasi

4. Batuan Metamorfosis

Batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan enapan yang mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.



Bab 6:

Konsep
Huraian

1. Hanyutan Benua: stpm 2006

Bermaksud benua tunggal pada satu masa dahulu yang dikenali sebagai Pangea telah berpecah kepada dua bahagian yang utama, iaitu Laurasia dan Gondwanaland. Kemudian kedua-dua benua ini hanyut lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang. Kejadian ini berlaku berjuta-juta tahun yang lalu.

2. Gempa Bumi: stpm 2005

Ditakrifkan sebagai pembebasan tenaga berlaku secara tiba-tiba dari pusat gempa yang lazimnya menghasilkan gelombang kejutan yang berpunca daripada sesaran di sepanjang garis gelinciran.

3. Gempa tektonik

Disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat tektonik bertembung , mencapah dan bergesel antara satu sama lain.

4. Gempa Vulkanik

Terjadi semasa letusan gunung berapi yang sangat kuat

5. Tsunami

Ombak besar yang terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor di laut.

Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi alam Sekitar Fizikal, STPM

No comments: