Followers

Carian dalam Blog ini

24 September 2009

Kesan Rumah Hijau

Konsep
Terjadi apabila bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida, metana dan hidrokarbon-hidrokarbon yang lain membentuk satu kubah/lapisan yang menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang pembebasan keluar. Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada ruang udara yang sama. Ini akan meningkatkan suhu sekitar.
Gas rumah hijau adalah kumpulan gas yang menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa lepas. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya ke bumi tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Kesannya bumi menjadi semakin panas. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrigen oksida dan lain-lain.
Punca-punca
1. Perindustrian - Industri yang membebaskan CFC dan halon seperti industri pendingin udara, keluaran foam, aerosol dan kimia.
2. Ujian nuklear - pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.
3. Kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan bakar terutamanya di kawasan bandar besar.
4. Penebangan hutan secara berleluasa menyebabkan imbangan gas karbon dioksida dan oksigen tidak seimbang.
5. Kebakaran hutan, pembakaran terbuka, penggunaan aerosol dan semburan racun serangga, penggunaan alat pencegah kebakaran dalam latihan, pengujian atau semasa kebakaran boleh mengeluarkan halon.
Kesan-kesan akibat fenomena rumah hijau
1. Peningkatan suhu secara global- pada skala mikro boleh menyebabkan kejadia pulau haba.
2. Mengurangkan kelembapan udara- kaeadan kering menyebabkan wap air kurang dalam atmosfera dan seterusnya meningkatkan kandungan partikulat terampai (habuk, debu).
3. Mendorong meningkatkan fenomena el-nino.

No comments: