Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

14 September 2009

Iblis Gentar

Iblis gentar
IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:
Amalan yang menyakiti iblis
Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa. Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”
Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.” Iblis menjawab: “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji. Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?” dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?” dan dijawab: “Taubat orang yang bertaubat.”
Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?” dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”
Sumber: myMetro>Variasi>Ekpresi 14/09/2009

No comments: