Followers

Carian dalam Blog ini

18 September 2009

Penipisan Lapizan Ozon

Konsep Penipisan lapisan Ozon.

- Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.


Punca-punca

1. Perindustrian- industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan halon seperti industri pendingin hawa, industri keluaran foam, industri aerosol, industri kimia dan lain-lain.

2. Ujian nuklear

3. Penggunaan kenderaan bermotor

4. Penyahutanan

5. kebakaran hutan


Kesan-kesan

1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas.

2. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk - Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.

3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.

4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas.

5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.


Langkah-langkah mengurangkan/mencegah

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.
- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik
- Guna Tenaga alternatif
- Mengurangkan ujian tenaga nuklear
- Mengurangkan pembakaran terbuka
- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi
- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan

3. Pendidikan
-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.
-pendidikan melalui subjek di sekolah.


Kepentingan Ozon

Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.

Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.


Kegunaan ozon

Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara terkawal dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk rawatan kulit terbakar.

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:-

1. menyah-kuman sebelum dibotolkan (antiseptik),
2. menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite, dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna),
3. membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu penapis menghilangkan besi dan arsenik),
4. mencuci, dan memutihkan kain (dipaten),
5. membantu mewarnakan plastik,
6. menentukan ketahanan getah.

No comments: