Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

Loading...

10 September 2009

Modul P&P Geo 942/1 Tema 2 : Proses Pembentukan Lanskap di Kawasan Tropika Lembap

Modul P & P Geo 942/1 Tema 2: Sistem Geomorfologi

(BAB 8: PROSES PEMBENTUKAN LANDSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP)

8.1 LULUHAWA

- Satu proses pemecahan & penguraian @ pereputan batuan yang berlaku secara in-situ.
- Terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa (air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma) ke atas batuan sehingga alami pecahan kepada saiz yg lebih kecil @ terurai jadi bahan baru.

: luluhawa kimia @ luluhawa dalaman (kawasan tropika dalaman)
: luluhawa fizikal @ luluhawa mekanikal (kawasan gurun panas & kawasan artik)
: uluhawa biologikal (kawasan hutan tebal)

» LULUHAWA KIMIA @ LULUHAWA DALAMAN

: Merujuk kepada semua proses pereputan @ penguraian batuan apabila mineral tersebut bertindak balas dengan air, asid, ion dan larutan-larutan ( peringkat primer kepada peringkat sekunder).
: batu akan alami susutan semakin kecil dan hasilkan bahan –bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan asal.

PROSES LULUHAWA KIMIA @ LULUHAWA DALAMAN

1. Proses larutan ( solution )
- proses asas dlm luluhawa dalaman yg terjadi akibat tindakan air hujan @ air larian yg bertindak sebagai pelarut. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yg ada dan kadar kelarutan setiap mineral yg membentuk batuan.

2. Proses pengkarbonan ( carbonations)
- merupakan sebarang tindak balas antara asid lemak ( asid karbonik) dngn kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yg turun akan berpadu dngn karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik. Asid karbonik pula bertindak balas kalsium karbonat hasilkan kalsium bikorbonat. Contoh batuan yg mudah dikarbonkan dolomite dan kalium silikat.

3. Proses hidrolisis
- tindak balas antara ion hidrogen @ ion hidroksil dngn ion mineral membentuk batuan sehingga terjadi satu sebatian dan mineral yg berlainan . Proses ini menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yg berlainan sama sekali sifat mineral asalnya. Bagi mineral pembentuk batuan yg tak stabil mudah dihuraikan menerusi proses ini.

4. Proses penghidratan @ hidrasi (hidration)
- penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contoh hematit ( berwarna merah) akan bertukar menjadi limonit (berwarna kuning ) apabila menyerap air.

5. Pengoksidaan ( oxidation )
- tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan, contoh ferum dan oksigen menjadi ferum oksida. Proses ini bukan saja melibatkan tindak balas antara unsur oksigen dengan mineral batuan. Jika penyebatian sesama mineral dlm batuan tersebut sehingga salah satu daripada nya teroksida juga dipanggil sebagai pengoksidaan. Contah paduan antara ferum sulfur menjadi ferum sulfit.

6. Proses chelasi
- proses pembendungan satu ion antara agen agen chelasi yg dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan spt ion ferum. Ia menyebabkan batuan alami tegsan dan pengembangan. Agen agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yg hidup di permukaan batuan ( lumut & kulampair). Apabila penyerapan makanan dan zat galian menerusi akar higroskopik tumbuhan tersebut akan keluarkan sejenis asid ( asid chelasi) yg boleh bertindak balas dengan ion mineral batuan hingga alami penguraian.

FAKTOR – FAKTOR YG MEMPENGARUHI LULUHAWA DALAMAN ( KAWASAN TROPIKA LEMBAP)

1. IKLIM
- Faktor utama mempengaruhi keaktifan luluhawa dalaman. Dua unsur iklim yg mempengaruhinya ialah hujan dah suhu. Hampir keseluruhan proses luluhawa dlman spt larutan, hidrasi, pengkarbonan dan hidrolisis bergantung pada air sama ada dlm bentuk larutan, asid lemah, @ ionik sebagai agen pengurai ikatan mineral batuan. Tindak balas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah. Cth jumlah hujan tahunan iklim khatulistiwa ( 2000 mm hingga 3000 mm ) manakala munsun tropika mempunyai purata hujan tahunan antara 1500 mm hingga 2000 mm setahun.

2. SUHU
- Kaw tropika lembap mempunyai purata suhu tahunan yg tinggi sepanjang tahun (antara 27-32 darjah celcius) membolehkan operasi kimia berlaku secara berkesan. Peningkatan suhu sebanyak 10 darjah @ 3 kali ganda.

3. BIOTIK
- Bekalan organik > apabila pokok mati, ia akan membekalkan asid humid & asid fulvik (merupakan agen pereput & peluluh mineral yg paling berkesan apabila ia terkena batuan) yg banyak apabila humus bercampur dgn air hujan & air tanah.
- Bekalan organik > tropika yg tebal & berlapis-lapis halang hakisan larian permukaan & galakkan susupan (infiltrasi) melalui akar pokok. Larutan tanah, asid, & koloid-koloid dapat meresap masuk ke dlm tanah. (semakin jauh larutan tanah & asid meresap masuk, semakin dlm zon batuan akan terluluhawa).

4. GEOLOGI
- Jenis batuan > tindak balas kimia ke atas geologi lembut akan lebih berkesan berbanding dengan geologi keras.
- Rekahan > menjadi tempat proses-proses kimia berlaku.Rekahan juga dianggap sbg garis kelemahan batuan.

5. RELIEF, ASPEK, & MASA
- Relief > luluhawa kimia pesat bertindak di kawasan cerun landai & bertanah pamah yg menggalakkan kadar susupan & simpana air tanah berbanding dengan kawasan cerun curam yg galakkan hakisan larian permukaan.
- Aspek > luluhawa kimia bertindak pesat di kawasan cerun yg mengadap matahari berbanding denagn cerun yg membelakangkan matahari (bekalkan tenaga bagi membolehkan operasi kimia berlangsung)
- Masa > keterusan & keberkesanan luluhawa kimia bergantung kepada jangka masa yg lama.

BENTUK MUKA BUMI/HASIL LULUHAWA DALAMAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP

~Pandang darat karst > proses yg terlibat ialah pelarutan & pengkarbonan.Kesannya terbentuk, gua-gua batu kapur, stalaktit, stalagmit, tiang kalsit, sg. bawah tanah, lubang layang-layang, dolina, uvala, & polje. Cth: kepulauan Papua New Guinea, kepulauan Indonesia, sekitar Pulau Langkawi di Malaysia & gua-gua batu kapur.

~ Kawasan batu kapur(grike & klint) > proses yg terlibat ialah larutan.Kesannya terbentuk, jurang & lurah yg dikenali sbg grike, manakala bongkah-bongkah yg dikelilingi oleh grike dinamakan sbg klint.

~ Tors & inselberg > tors ialah tonjolan–tonjolan bukit sisa yg mudah digondol oleh luluhawa kimia & hakisan manakala inselberg ialah tonjolan-tonjolan batuan dari dalam bumi. Proses yg terlibat ialah hidrolisis, larutan, & hidrasi.

~ Pembentukkan beberapa jenis tanah > tanah liat-proses yg terlibat ialah hidrolisis & tanah laterit-proses yg terlibat ialah pengoksidaan.

» LULUHAWA FIZIKAL @ MEKANIKAL
- Proses penyepaian @ pemecahan batuan akibat tindak balas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan kepada saiz yg lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimianya.

BENTUK-BENTUK PEMECAHAN BATUAN

1. Penyepaian bongkah > berlaku pada batuan bersendi @ mempunyai rekahan bersegi empat. Pengembangan & pengecutan berlaku di sepanjang sendi @ rekahan tersebut & penyepaian terjadi mengikut sendi/rekahan berkanan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat.

2. Penyepaian berbutir (granul) > berlaku pada batuan yg mempunyai banyak mineral di dalamnya (heterogenus). Cth: granit yg mengandungi kuartza, feldspar, & mika. Setiap mineral batuan ini mempunyai angkali & kadar pengembangan serta pengecutan yg berbeza-beza antara satu sama lain (mineral yg cepat kembang & kecut akan tersingkir lebih awal).

3. Pengelupasan > berlaku kepada struktur batuan yg berlapis-lapis. Kadar pengembangan & penguncupan berbeza bagi setiap lapisan. ada waktu siang, lapisan luar lebih cepat panas & kembang berbanding lapisan dalamnya yg masih lagi sejuk. Pada waktu malam, lapisan luar lebih cepat sejuk & kecut sedangkan lapisan dalamnya masih lagi panas. Kesannya, pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar & akan menghasilkan kulit-kulit kelupasan & serpihan-serpihan batu.

PROSES-PROSES LULUHAWA FIZIKAL
1. Proses pembasahan & pengeringan yg berulang.
2. Proses basah-kering.
3. Penghabluran garam > proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan & rongga-rongga permukaan batuan.
4. Tindakan ibun/fros.
5. Pembekuan air.
6. Pelepasan tekanan @ pemunggahan.

» LULUHAWA BIOLOGI

- Merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma & manusia sama ada secara fizikal @ kimia yg dapat memecah & menguraikan batuan.

1.TINDAKAN TUMBUHAN > akar-akar pokok.
2.TINDAKAN ORGANISMA > haiwan yg menggali lubang : tikus, arnab & cacing tanah. Mikroorganisma : lumut & bakteria.
3.TINDAKAN MANUSIA > aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya & perlombongan.

8.2 GERAKAN JISIM
- Pergerakan jisim (sebahagian daripada proses geomorfologi) yg gerakkan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah disebabkan daya tarikan graviti.
- Dianggap proses peralihan amtara luluhawa & pemendapan.

*JENIS & PROSES GERAKAN JISIM

1) ALIRAN LAMBAT
FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI:
* Permukaan cerun yg sangat landai, tidak terlalu curam, muka cerun tidak diliputi tumbuhan.
* Resapan air hujan-berat jisim bertambah, cerun tak stabil, kelicinan permukaan bertambah, regolit mudah bergerak ke bawah cerun.
* Proses luluhawa dalaman - sediakan regolit yg tak stabil (tanah laterit, tanah liat) atas permukaan cerun.
* Libatkan pergerakan regolit & tanah-tanih secara perlahan-lahan menuruni permukaan cerun (dikenali sbg creep), tidak dapat lihat dengan mata kasar, tapi dapat lihat kesan-kesan yg wujud atas permukaan cerun: Tiang elektrik, telefon, pagar @ pokok yg condong daripada kedudukan asalnya yg tegak.

2) ALIRAN CEPAT
* Libatkan pergerakan regolit, tanih & lumpur pada kadar yg lebih cepat & di atas cerun yg lebih curam berbanding denagn aliran lambat.
* jisim regolitnya perlu lebih banyak air @ berada dalam keadaan yg lebih lembap untuk mudahkan pergerakan.

FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI:
a) Hujan lebat yg luar biasa
b) Struktur tanah @ geologi yg sudah longgar - mudahkan pergerakan
c) Topografi - ermukaan cerun
d) Aktiviti pembalakan

3) GELUNCURAN
~ Libatkan pergerakan tanah-tanih, regolit & bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun yg curam & hampir tegak.
~ Proses ini berlaku lebih cepat & secara tiba-tiba berbanding dengan proses dalam aliran cepat.

a) ROBOHAN (slump) - geluncuran yg libatkan pergerakan bongkah batuan di suatu cerun curam yg berbentuk cekung. - berlaku apabila lapisan batuan yg lebih berat terletak di atas lapisan-lapisan batuan yg lebih lembut. Cth : batu syal & tanah liat.

b) GELUNCURAN PUIN - Libatkan pergerakan serpihan batuan di suatu cerun curam. Pergerakan ini biasanya angkut regolith yg kurang padat & lebih kering.

c) GELUNCURAN BATUAN - Libatkan pergerakan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun yg curam & hampir tegak. - Geluncuran lebih aktif apabila lapisan batuan tersusun secara menyerong dengan kira-kira 20 darjah.

FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI:
a) Keadaan cerun yg sangat curam & hampir tegak-hasilkan perbezaan antara tenaga graviti & tenaga kinetik dengan daya cengkaman yg sangat besar.
b) Bahan-bahan tanih yg serap air, daya ikatan yg lemah serta permukaan yg licin.
c) Lapisan-lapisan batuan yg berstruktur longgar.

4) RUNTUHAN
- Pergerakan regolit yg berlaku di cerun-cerun yg sangat curam & adakala tegak 90 darjah.

FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI:
a) Hujan-hujan lewat petang.-hujan lebat disertai rebut petir dikenali sbg hujan perolakan (membekalkan input air ke permukaan bumi secara besar-besaran) & hujan awal pagi.
b) perubahan gradient sesebuah cerun.
c) Proses cegatan silara
d) Pemotongan lereng bukit & kaki bukit-meningkatkan tegasan yg dikenali sbg tegasan ricih.-peningkatan tegasan ricih menyebabkan keseimbanagn cerun terganggu.

» LANGKAH MENGAWAL GERAKAN JISIM
1. LANGKAH PERUNDANGAN
~ Menubuhkan unit cerun negara > melaksanakan kerja-kerja rondaan & pemantauan yg berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi/bercerun curam.
~ Mengambil tindakan yg tegas- (peraturan EIA)
~ Mewartakan kawasan cerun bukit yg tidak boleh diusik untuk pembangunan & dikekalkan dalam keadaan semula jadi.

2. LANGKAH PENGURUSAN
~ Menanam pokok-pokok pelindung
~ Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun
~ Menggunakan sungkupan plastik
~ Memperbaiki sistem saliran

3. LANGKAH PENDIDIKAN
~ Pembelajaran formal
~ Kempen kesedaran & pendidikan alam sekitar
~ Seminar
~ Gotong-royong

Hasil kerja : Nuur Rafidah bt Baharruddin (6BA)
Sumber : Haji Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal, STPM

No comments: