Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

13 December 2010

Hujan membalas dendam

Hujan membalas dendam

Hujan bersuara garang
membasahi tanah rekah gersang
mengusir kemarau lekat bersarang
pepohon mengembang hijau dedaunan
melambai pada ketandusan yang menghilang
dahaganya ditelan hujan bercucuran
pagi dan petang
siang dan malam
seakan membalas dendam
pada panas yang mencengkam
dingin datang menyelubungi alam
berpeluk tubuh sekian insan
menanti teduhnya hujan
mentari mengintai ruang
di balik awan hitam.

CNM, 7/12/2010, 15.55 pm

2 comments:

NKLpunya said...

Salam CikguNikMie,

Puisi kali ini garang sikit bunyinya!
Kemarau sehingga tanah jadi gersang mungkin kerana dah terlalu lama Si Matahari yang tamat haloba itu telah mengcengkam Si Tanah yang daif itu. Kerna itu datang Si Hujan dengan garang untuk menuntut keadilan ke atas Si Tanah yang telah sekian lama dicengkam itu sehingga habis air di dalamnya yang menjadikannya gersang - sama seperti kurus kering papa kedana. Begitu tak maksud puisi ini?

Cikgu NikMie said...

Wah sifu pandai mentafsir puisi..begitulah lebih kurang maksudnya...terima kasih datang membaca..hariini tak sihat baring saja...