Followers

Carian dalam Blog ini

27 December 2010

Petang Selasa Malam Rabu

Petang Selasa Malam Rabu

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hati-hati bila berkata
takut menyakiti hati ibu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
ingat pesan ayah bonda
kerana itu jalan kehidupanmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
pesan guru jangan dilupa
kerna itu sebahagian ilmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hati-hati memilih rakan sebaya
kelak ia merosakkan keperibadianmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hidup kita sementara saja
rajinlah usaha penuhkan dengan ilmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hidup kita perlu ikut tatacara
tidaklah kita masuk perangkap "hantu".

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
cikgu berhenti seketika
nak makan malam dulu.

CNM, 21/12/2010, 18.00 pm

No comments: