Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

18 December 2010

Perubahan

Perubahan

Sepetang meronda negeri kelahiran
banyak kunampak perubahan
sawah padi dah tumbuh bangunan
apa sudah jadi dengan rancangan pengairan
tiada manusia nak terus bercucuk tanam
golongan muda sibuk cari makan di perantauan
bukan sektor pertanian tapi sektor perindustrian
yang tinggal golongan tua tak berkemampuan
sudahnya tanah tumbuh lalang
jadi ada yang ambil kesempatan
tukar status tanah pertanian
jadikan kawasan petempatan
jadikan kawasan perindustrian
mungkinkah satu masa berlaku krisis makanan
kerajaan mainkanlah peranan
lihat apa jadi pada rancangan pengairan
Kelantan oh Kelantan!!!

CNM, 8/12/2010, 20.38 pm

No comments: