Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

05 December 2010

Dari Joh ke Bangi II

Dari Joh ke Bangi II

Surat itu
mengundang gundah
di hati bonda
berat melepaskan aku pergi
biasalah mentaliti orang tua
kebimbangannya seakan membantutkan niatku
syukurlah
kepada arwah Makda Che Yah memujuk bonda
lepaskan aku pergi
terbuka pintu hati
merestui perjalananku.

Atas restu dan doa bonda
aku jejak kaki di daerah asing
debar ketar jadi teman sepanjang perjalanan
kugenggam pesan bonda
kembalilah dengan sebuah kejayaan
tiada lain
tiada lain
bonda idamkan aku jadi pendidik
"ya bonda kuturuti kemahuanmu'
kini aku bangga memegang amanah bonda
didik anak bangsa
bangunkan negara
berbakti kepada agama
di daerah ini aku
berdiri.

CNM, 22/11/2010, 14.35 pm

No comments: