Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

18 December 2010

Cari Uban

Cari Uban

25 tahun dulu aku selalu kena cari uban
masih segar wangian rambut ibu
mengurai di bendol muka pintu
tidak kuketahui apa nikmatnya
yang aku lihat ibu sering lena
kini
aku pula yang berbaring di bendul pintu
anak daraku yang jadi suruhan
kini aku memahami kenapa ibu suka berbaring
sambil dicarikan ubannya
bukan uban yang jadi masalah
tangan anak-anak di kepala melenakan
asyik
mata layu
lelap.

CNM, 9/12/2010, 16.18 pm

2 comments:

azhar ariffin said...

terharu.. tgn anak anak juga buat bapanya tidur dengan penuh lena..

wlau ada uban. masih muda lagi tuuuu.. :))

Cikgu NikMie said...

he he mengkaji tingkahlaku org tua-tua ..kita dah tua..