Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

27 December 2010

Hari ini Jumaat esok Sabtu

Hari ini Jumaat esok Sabtu

Hari ini hari Jumaat
esok hari sabtu
doa dipanjat
moga hidup direstu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
perbanyakkan amalan sunat
moga ibadat bertambah mutu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
bersegeralah solat
masa takkan menunggu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
keluarkanlah zakat
bersihkan jiwamu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
bersegeralah bertaubat
umur kita belum tentu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
carilah ubat
jika jiwa bercelaru.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
kalau nak capai hajat
rajin-rajin tuntut ilmu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
usaha penuh semangat
kejayaan pasti milikmu.

Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
apa pon pangkat
jangan lupa Tuhan yang satu.

CNM, 24/12/2010, 9.02 am

No comments: