Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

05 December 2010

Dari Joh ke Bangi XVIII

Dari Joh ke Bangi XVIII

Kini aku bahagia
punya keluarga punya kerja
tiada apa lagi yang menyesak dada
jaga keluarga berikan yang terdaya
moga anak-anak dan isteri juga bahagia
kasih sayang kita bina bersama beriring doa
moga rahmat yang Esa milik kita selamanya.

Aku juga berbangga
tugasku mendidik anak bangsa
menjayakan wawasan negara
moga lahirlah insan-insan yang berwibawa
mewarisi pemerintahan negara yang merdeka
harapan dan doa moga kesejahteraan dikurnia
dapatlah berbakti untuk negara bangsa dan agama.

Inilah catatan perjalanan saya
dari desa mengejar cita
buat tatapan isteri dan anak tercinta
moga jadi panduan menempuh alam dewasa
terus berusaha jika ingin berjaya
jangan mudah putus asa
iringi doa kepada yang Esa
pasrah dan tawakal kepada takdir kita
InsyaAllah berjaya.

Jika ada sepanjang bercerita
kemaafan dari lubuk hati kupinta
hari hujung kaki ke hujung kepala
segala kelemahan datang dari diri saya
segala kebaikan datang dari Allah jua
tiada niat mengguris hati sesiapa
tiada niat mempersenda sesiapa
hanya berkongsi perjalanan hidup saya
suka duka tawa ria di alam nyata.

CNM, 4/12/2010, 10.56 am

No comments: