Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

27 December 2010

Hari ini hari selasa esok hari rabu

Hari ini hari selasa esok hari rabu

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
kami perbanyakkan doa
memohon keberkatan dari-Mu

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
kalau rasa berdosa
segeralah mensuci kalbu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
jangan buang masa
kelak kerungian menghimpitmu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
bangunlah segera
jalankan kewajipanmu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
peruntukan masa untuk keluarga
bahagiakan hati-hati keluargamu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
bekerjalah sepenuh tenaga
seakan seribu tahun milik kamu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
beribadatlah sepenuh jiwa
bagai tiada esok bagimu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
begitulah seterusnya
masa akan terus belalu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
jangan cepat rasa selesa
teruskan ibadat tanpa jemu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
berhenti dulu ya
lain kali kita ketemu.

CNM, 21/12/2010, 8.58 am

No comments: