Followers

Carian dalam Blog ini

09 July 2010

30,000 tan sampah sehari menjelang 2020


KADAR kitar semula rakyat Malaysia amat kecil menyebabkan jumlah sampah yang dibuang semakin meningkat setiap hari. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sisa pepejal yang dihasilkan penduduk Malaysia akan meningkat dari tahun ke tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan menyatakan bahawa kadar kitar semula rakyat Malaysia adalah lima peratus setahun.

Sementara Pelan Strategik Kebangsaan Mengenai Sisa Pepejal (2005) pula memaklumkan kadar kenaikan tahunan kitar semula penduduk Malaysia dianggarkan satu peratus setahun.

"Ini menjadikan jangkaan kadar kitar semula penduduk Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 22 peratus," katanya menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok).

Lajim berkata, sehubungan itu kerajaan berpendapat program 3R iaitu mengurang, mengguna semula dan mengitar semula menjadi strategi utama bagi menangani jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah di negara ini.

"Kementerian akan terus komited untuk meneruskan program ini dengan menyediakan peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong kitar semula, mengadakan kempen-kempen kesedaran dan pembinaan pusat-pusat kitar semula di kawasan pihak berkuasa tempatan yang terlibat," katanya.

No comments: