Followers

Carian dalam Blog ini

12 July 2010

Bakteria leptospirosis (air kencing tikus)

Sampah punca kuman tersebar



KUANTAN - Pencemaran fizikal dan kekotoran di sekitar kawasan Hutan Lipur Lubuk Yu di Maran dekat sini berkemungkinan besar punca utama penyebaran kuman leptospirosis (air kencing tikus).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun (gambar) berkata, sisa-sisa sampah itu menjadi tumpuan tikus dan punca ia merebak di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata, melalui siasatan awal Jabatan Kesihatan, mendapati banyak sisa makanan daripada aktiviti perkelahan pengunjung yang mencemari kawasan riadah sehingga menyebabkan tanah tercemar.

"Sisa sampah juga menarik perhatian tikus yang menjadikan kawasan hutan itu sebagai habitat dan seterusnya menjadi punca kepada jangkitan.

"Bagaimanapun, kita masih siasat punca sebenar," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments: