Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

18 July 2010

Krisis air lebih awal 2012?

Krisis air lebih awal 2012?

KUALA SELANGOR 17 Julai - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) menjangkakan Lembah Klang bakal berhadapan krisis air lebih awal dari 2014 jika berlaku kemarau atau pencemaran sungai.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, paras air di loji syarikat itu hanya cukup untuk menampung bekalan air bersih secara harian kepada jutaan penduduk di negeri ini dan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Ekoran itu katanya, loji air dengan kemampuan membekalkan 900 juta liter perlu segera dibina di negeri ini bagi mengelakkan krisis tersebut.

''Jika tidak, kita menghadapi krisis air lebih awal, mungkin pada 2012 jika berlaku kemarau atau pencemaran sungai.

''Kita tidak boleh tunggu tetapi mesti bertindak sekarang untuk memastikan bekalan air kepada rakyat tidak terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bekalan Air Bersih Untuk Semua di Padang Ladang Hopeful dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Selangor bakal berdepan krisis air yang serius menjelang 2014 jika kerajaan negeri masih 'bermain politik' dengan Kerajaan Pusat berhubung isu pengurusan air di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain Selangor, krisis itu turut memberi kesan kepada Kuala Lumpur yang memperoleh bekalan air dari negeri berkenaan.

Rozali menegaskan, Syabas tidak memutarbelitkan fakta tentang masalah air dan perkara yang dibentangkan kepada kerajaan negeri adalah benar supaya krisis air pada 1998 tidak berulang.

Malah katanya, isu air tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia adalah isu rakyat yang mesti ditangani segera bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

No comments: