Followers

Carian dalam Blog ini

07 July 2010

Beratus-ratus tak tahan gelombang panas maut

2010/07/07

Berita Harian Online

Penduduk Asia, Eropah, Amerika jadi mangsa kepanasan

TOKYO: Penduduk di seluruh dunia kini merasai kesan gelombang panas yang dijangka berlarutan.

Malah, cuaca panas dianggap penyebab kebakaran di kota Kanada, Toronto hingga memutuskan bekalan kuasa selain menjejaskan lawatan Ratu Elizabeth.

Kesan kepanasan paling teruk dilaporkan di Russia apabila 300 maut dan kematian pada satu hari mencatat 63 orang.
Kebanyakan mangsa lemas ketika cuba mencari jalan menyejukkan diri daripada gelombang panas sehingga 37 darjah Celcius yang melanda seluruh negara itu.

Ramai yang melompat ke dalam sungai atau tasik untuk sejuk tetapi menemui ajal kerana tidak menghiraukan amaran supaya mengelak lokasi tertentu yang dalam atau tidak berada dalam keadaan mabuk ketika menyejukkan diri masing-masing.

Seorang pegawai berkata: Minggu lalu, 285 orang maut kerana lemas apabila tidak mengikut arahan melakukannya di tempat yang ada kemudahan atau berada dalam keadaan mabuk.

Di Taiwan, seorang lelaki yang cuba mengelak daripada bahang panas menemui ajal apabila masuk ke dalam bilik ais dan ditemui dalam keadaan beku selepas tertidur.
Suhu dilaporkan mencapai 37 darjah Celcius di Taiwan. Keadaan yang sama juga
dilaporkan di negara lain di Asia termasuk China, India dan Pakistan.

Beberapa kawasan di utara China termasuk Beijing, Hebei dan Shaanxi selain wilayah timur, Shandong province, mencatat suhu 38 hingga 40 darjah Celcius.
Malah, di Perancis, laporan mengatakan bukan saja manusia tetapi juga haiwan cuba mencari jalan mengelak cuaca panas.

Di ibu kota Belgium, Brussels, suhu dilaporkan mencapai tahap tertinggi sejak 1976 ketika penduduk bersedia memulakan percutian musim panas.

Bandar raya itu yang biasa mendung mencatat suhu 40 darjah Celcius. Di Jerman, suhunya juga melepasi 30 darjah Celcius menyebabkan ramai penduduk berehat dekat kolam dan pancutan air di taman seluruh negara itu.

Rantau timur laut Amerika Syarikat tidak terkecuali daripada fenomena gelombang panas apabila mencapai suhu 38 darjah Celcius dan lebih tinggi di bandar utama termasuk New York, dan Washington.


No comments: